Pakar Cetakan Jersi Sublimation Pilihan Anda
Berpusat di Kedah, Malaysia, Jersyx Apparel bermula dengan satu visi yang jelas: untuk menyediakan pakaian sukan kustom berkualiti tinggi (sublimation) yang selesa, tahan lasak, dan tampil premium dengan harga yang berpatutan. Daripada rekaan grafik terperinci sehinggalah kepada proses jahitan, setiap helai jersi kami dihasilkan dengan penuh ketelitian.
Sama ada anda mewakili kelab sukan, persatuan, syarikat, atau pasukan komuniti, kami di sini untuk merealisasikan identiti pasukan anda ke dalam bentuk pakaian.
Kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami. Jersyx Apparel adalah entiti perniagaan tempatan yang sah dan berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Segala transaksi dan urusan tempahan anda adalah dijamin telus, selamat, dan profesional.
No. Pendaftaran SSM: 202503244829 (003771902-W)
Cetakan warna yang tajam dan material fabrik tahan lasak serta selesa.
Kami menguruskan penghantaran terus ke pintu rumah anda di seluruh negara.
Sistem tracking automatik dan bantuan sokongan pelanggan secara langsung.