Sistem Mata Ganjaran
Lebih Dari Sekadar
Membeli.
Kenali Jersyx+ dan ketahui bagaimana setiap tempahan jersi anda memberikan pulangan berbaloi.
01 / Cara Mata Dikumpul
Buat Order
Setiap kali anda membuat pesanan dengan Jersyx, anda layak mengumpul mata ganjaran.
Bayar Penuh
Mata akan dimasukkan ke dalam akaun Jersyx+ selepas bayaran penuh untuk pesanan selesai.
Point Muncul
Mata akan dikreditkan secara automatik ke akaun Jersyx+ dan boleh disemak pada bila-bila masa.
Ambil Balik
Gunakan mata yang telah dikumpul untuk mendapatkan ganjaran seperti tunai, kredit pesanan atau jersi.
02 / Nilai Mata
Nilai Tukaran Asas
Contoh Pengiraan:
- RM 500 nilai pesanan → 500 Point
- 500 Point → RM 25 nilai ganjaran
- 1,000 Point → RM 50 nilai ganjaran
*Mata yang diperoleh akan kekal dalam akaun dan boleh dikumpul untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar.
03 / Tahap Jersyx+
Tahap ditentukan berdasarkan jumlah mata yang pernah dikumpul sepanjang keahlian, bukan baki mata semasa. Mata yang digunakan tidak akan menurunkan tahap anda.
BRONZE
Tahap permulaan untuk semua ahli Jersyx+.
SILVER
Dicapai selepas berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 3,000 Point.
GOLD
Tahap tertinggi untuk pelanggan Jersyx+ yang paling banyak mengumpul mata.
04 / Cara Menebus Mata
*Minimum penebusan ialah 500 Point.
💵 Tunai
Tebus mata untuk mendapatkan ganjaran tunai yang boleh dimasukkan terus ke akaun bank.
(Untuk keselamatan, nombor akaun bank hanya perlu diberikan semasa proses penebusan via WhatsApp).
💳 Kredit Order
Gunakan mata sebagai kredit untuk pesanan Jersyx yang seterusnya.
(Sesuai untuk pelanggan yang kerap membuat pesanan dan mahu menyimpan mata untuk diskaun order akan datang).
👕 Jersi Percuma
Dapatkan sehelai jersi percuma daripada reka bentuk anda sendiri apabila jumlah mata mencukupi.
(Reka bentuk, kain dan cetakan tetap mengikut spesifikasi Jersyx yang ditetapkan).
FAQ / Soalan Lazim
Q1 — Order lama saya dikira tak?
Ya, order lama anda tetap dikira. Setiap order yang pernah dibuat menggunakan nombor telefon yang sama akan direkodkan secara automatik ke dalam sistem Jersyx+. Job yang telah selesai akan dipadankan dengan akaun anda dan mata akan diberikan berdasarkan kelayakan order tersebut.
Q2 — Point ada tarikh luput?
Ya, point mempunyai tempoh sah. Jika tiada sebarang order baru dibuat dalam tempoh 6 bulan (180 hari) dari tarikh order terakhir anda, baki Point Semasa akan luput dan menjadi 0.
*Nota Penting: Walaupun point semasa luput, Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan dan Tahap (Tier) anda tidak akan terpadam dan kekal sampai bila-bila.
Q3 — Kenapa point masuk lepas bayar penuh je?
Point hanya diberikan selepas bayaran penuh diselesaikan. Ini bagi memastikan point tidak boleh digunakan untuk menampung bayaran atau baki order yang masih tertunggak. Selepas sesuatu job selesai dan bayaran penuh diterima, jumlah point yang layak akan dikreditkan ke dalam akaun Jersyx+.
Q4 — Ada sebarang bayaran untuk sertai?
Tiada bayaran untuk menyertai Jersyx+. Pendaftaran adalah 100% percuma dan tiada yuran keahlian dikenakan. Anda hanya perlu mendaftar menggunakan nombor telefon yang digunakan ketika membuat order untuk mula mengumpul mata dan menikmati ganjaran.